Pencarian Makanan Halal di Dunia

Rencana Halal di Bali

Restoran Makanan Segera Halal Indonesia

McDonald I'm Lovin It

Rumah Makan ACC Minang

KFC Dengan Menu Lokal

Lesehan di Restoran Ayam Bakar Wong

Solo

Buku Panduan Makanan Halal di Phuket, Krabi,

Ao nang dan Panghnga boleh di beli sekarang

 

BANGKOK

AKAN DATANG OGOS INI

SELAMAT DATANG ke goHalalTravel.com

GoHalalTravel.com adalah untuk semua umat Islam di seluruh dunia yang sukakan percutian di luar negara dan gemarkan makanan.Mencari makanan halal di luar negara adalah masaalah yang lazim, kerana "travel" dan makan seperti tidak serasi. Kita mahu mencari pengalaman dalam budaya orang luar tapi selalunya menu yang di sediakan adalah tidak cocok ataupun menyalahi agama buat kita. Saya akan mulakan dengan Bali,  Indonesia  dan kembangkan ke negara yang lain juga.

"Bali sangat dekat di hatiku". Saya sudah putus kiraan berapa kerap saya ke Bali. Saya pernah bekerja di Jakarta sekitar tahun 2007 dan faham bahasa Indonesia serta kod rahsia mereka :)

Tidak seperti bangsa Melayu di malaysia yang 100% beragama Islam, bangsa Indonesia di Bali hampir 90% beragama Hindu. Makanan yang paling digemari ialah Babi Guling. Ini  adalah sesuatu yang tidak menyenangkan bagi pengunjung melayu dari Malaysia, Singapura, Brunei dan juga dari Timur tengah. Rata-rata merungut amat payah mencari makanan halal. .Bagaimanapun setelah beberapa kali kesana, saya pelajari dan memahami adat dan asal usul suku kaum Melayu, saya telah mengumpul maklumat restoran yang halal di Bali.

Sila baca rencana mengenai restoran yang selalu saya kunjungi. Untuk ulasan dan senarai lengap alamat dan no talipon restoran halal di sana, cuba "eBUKU PANDUAN 100 RESTORAN HALAL di BALI" dijual dengan harga RM 15.90 kepada pembaca Melayu.

Saya akan membesarkan data halal ke negara lain dalam waktu terdekat.
Makasih Mbak Siti kerana menjadi teman sepermainan di Bali .

Juga ribuan terima kasih kepada pembaca dan pembeli. Saya sangat berbesar hati dapat memberi pengetahuan dan maklumat kepada saudara seagama.
Saya mengalukan komen atau pertanyaan.
rozita
Salam ,
Rozita Ahmad Soheimin
Ras@gohalaltravel.com

EAT PRAY LOVE

EAT PRAY LOVE - JULIA ROBERT Di BALI

Pretty woman, Julia Roberts adalah pelakon utama movie Eat Pray Love ysng di adaptasi dari novel eat_pray_love

penulis Elizabeth Gilbert. Julia sebagai Liz yang baru bercerai dan mengalami pergolakan hidup telah mengembara ke Itali (Eat), India (Pray) and Bali (Love) cuba mencari ketenangan dan pengertian di dalam hidup. Selapas menaikkan berat badan menikmati pasta, piza dan gelato di Itali dan kemudiannya ke India mencari pengertian dan pendirian, Bali adalah tempat terakhir dalam pengembaraan Liz. Saya merasa teruja melihat tempat-tempat yang di lawati Julia Roberts ketika di Bali. Saya Liz dan Julia mempunyai pengalaman yang sama menaiki basikal di celah celah jalan kecil dan jatuh basikal. bagaimanapun saya jatuh bukan kerana di langgar ole Jovier Badiem tetapi kena hilang kawalan apabila menuruni cerun jalan di Monkey Forest. Selepas beberapa kali melawat Bali saya mula memandu Jeep yang comel dan ranggi sama seperti jeep yang dipandu oleh Felippe dalam Eat Pray Love.

Liz medapat nasihat mengenai kebatinan dari Pak Dukun generasi yang ke 9, Pak Ketut Liyar yang tidak mempunyai gigi. Pak Ketut adalah karekter yang sangat kelakar kerana kurang fasih berbasa Inggeris. Pak Keetut menyuruh Liz melihat kecantikan melalui hati. Gambar diatas ialah Julia dan Pak Ketut. Kalau ke Penasatanan. di kaki bukit terdapa arah menunjukkan rumah Pak Ketut yang kabarnya mendapat kunjungan ramai peminat Julia Roberts yang mahu menilik nasib.

Pengambaran di lakukan di sekitar Banjar Bentuyung, Banjar Nyuh Kuning, Pengosekan, Ubud Art Market dan Monkey Forest Park dimana semuanya berada dalam daerah Ubud/Gianyar. Lain lain tempat lokasi ialah Jimbaran and Uluwatu.

Gambar dibawah ialah Julia Roberts dan Javier ketika melawat Ubud market.

eat pray love bali

Anda tidak perlu menjadi mengalami penceraian dan bersedih untuk pergi ke Bali. Bali adalah satu destinati percutian yang amat indah dan mempunyai budaya yang menarik serta unik.

 

SpringBreak 468x60